Monday 22 October 2007

Blog seorang warganegara

Kita sering membaca blog bertema politik yang mungkin jarang mengaitkan kehidupan biasa ramai rakyat Malaysia. Jeff Ooi, Rocky's Bru, A Kadir Jasin mengungkitkan isu yang relevan dan mengkaji dengan mendalam, tetapi apakah pendapat dan kesan isu-isu tersebut dari sudut rakyat Malaysia yang biasa?

Seorang pensyarah Universiti awan telah memberikan pendapatnya tentang 'penyalahgunaan' istilah 'rakyat' dan 'warganegara'. Rakyat, dalam istilah bahasa inggeris ialah 'subject' dan bermaksud seorang individu yang bertanggungjawab terhadap seseorang pemerintah (terutamanya seorang raja atau maharaja). Warganegara, atau dalam istilah bahasa Inggeris 'citizen', bermaksud seseorang yang berhak menduduki sesuatu negara yang secara langsung diberikan hak-hak tertentu seperti memilih pemimpin dalam pilihanraya, memberi pendapat secara terbuka dan tanpa halangan, hak untuk memiliki harta bebas tanpa campurtangan pemerintah, serta hak untuk mendapat pengadilan yang adil. Pensyarah tersebut kemudian telah diberi amaran oleh pihak Universiti.

Niamah!! adalah blog milik Patrick Teoh yang memberi pendapat yang telus dan ikhlas tentang perihal negara kita dari sudut seorang rakyat biasa. Beliau memberikan gambar yang baik tentang kesan dasar kerajaan terhadap kehidupan dirinya sebagai seorang rakyat biasa. Baca blognya disini. Blog ini dalam Bahasa Inggeris.

No comments: